">
Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.

OMK 2011

Pertandingan OMK telah dijalankan pada hari ini 18 Jun 2011 di UKM . SAS menghantar 12 pasukan iaitu 3 pasukan bagi kategori sulong, 5 kategori muda dan 4 kategori bongsu. Sebagai persedian OMK, bengkel diadakan sebanyak 3 kali iaitu 15 Jun dan 16 Jun diadakan pada pukul 8.00 - 10.30 malam. Pada 17 Jun ( 8 am-12.30 , 8 pm-10.pm ) cikgu menjemput En Suhaimi yang pakar Olimpiad Matematik mengadakan bengkel. Aktiviti bengkel ....
Pada tahun ini ex-student tak dapat bantu.. Farzan (ex-student 2007) dahpun further study ke UK dan Alif Fuad ( ex-student 2010 ) pula terlalu sibuk dengan interview. Sebelum tu cikgu nak ucap TAHNIAH pada Alif Fuad kerana mendapat tawaran biasiswa Bank Negara. Untuk pengetahuan semua , antara ribuan pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan OMK hanya 6 pelajar sahaja yang terpilih mewakili Malaysia ke IMO ( International Mathematical Olimpiad ). Sebenarnya, banyak kali juga pelajar SAS mewakili Malaysia ke IMO.
  • Pada tahun 1998 dan 1999 Muhamad Saifuddin telah mewakili Malaysia ke Taiwan dan Romania.
  • Tahun 2003 Ahmad Safwan ke Tokyo,Japan.
  • Tahun 2004, 2 pelajar SAS mewakili Malaysia ke Athens,Greece iaitu Mohamad Farzan dan Zulkifli Aziz.
  • Tahun 2005, Zulkifli Aziz menarik diri ke Mexico kerana untuk fokus pada SPM
  • Tahun 2006 , Mohamad Farzan ke Slovenia
  • Tahun 2007, 3 pelajar SAS mewakili Malaysia ke Vietnam iaitu Mohamad Farzan, Muhamad Amir dan Alif Fuad.
  • Tahun 2008, Muhamad Amir ke Spain.
Cikgu amat mengharapkan OMK kali ini, pelajar SAS dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Tidak ada wakil 2009,2010 dan 2011... Cikgu juga amat mengharapkan ex-student kembali ke sekolah melatih adik-adik.....
GAMBAR KENANG-KENANGAN 2004 , Athens Greece - Zulkifli dan Muhamad Farzan
2006 , Slovenia - Mohamad Farzan 2007 , Hanoi Vietnam - Mohamad Farzan, Muhamad Amir dan Alif Fuad 2008 , Spain - Muhamad Amir
Gambar 1998,1999 dan 2003 tidak ada dalam simpanan cikgu. Kalau Saifudin dan Safwan terbaca blog cikgu, harap dapat email gambar kamu di Taiwan , Romania dan Tokyo.