">

Jawapan Add Math -Trial Exam SBP 2011  

Posted by: Cikgu Rohani

Dah cuba trial exam SBP 2011 ???? Klik disini untuk semak jawapan

Percubaan Add Math SBP 2011  

Posted by: Cikgu Rohani in

Salam... dah lama sangat tak post soalan...Bulan Julai cikgu terlalu sibuk.... Sibuk dengan

  • Bengkel Penandaan Matematik Tambahan pada guru2 Putrajaya...

  • Program Kecemerlangan SPM Bersama Yayasan Selangor

  • Bengkel Kecemerlangan Bersama Pelajar SAS dan Putrajaya...21 Julai

  • Kejohanan Golf Amal Ulung SBP anjuran PIBG SAS [cikgu menjadi Bendahari... kutipan melebihi RM 500,000.00 ] ...24 Julai di Glenmarie Golf Club Shah Alam

  • Minggu Pengawas SAS ...... 18-22 Julai

  • Kolokium GC Wilayah Persekutuan ...30 Julai


  • semua ini perlu commitment yang tinggi... Alhamdulillah semua sudah berakhir dengan jayanya.........Tidak ruginya membantu kerana pada cikgu hidup biar berjasa....
    Disini cikgu nak kongsi dengan pelajar soalan peperiksaan percubaan Add Math SPM 2011 Sekolah Berasrama Penuh.... ... mesti cuba dulu,after 1 week i'll post the answer...... Cuba set time >>> for Paper 1 [ 2 h ] and 2 h 30 minutes for Paper 2.... Selamat Menjawab... Klik disini


    Quadratic Equation  

    Posted by: Cikgu Rohani in ,

    1. Given the quadratic equation x(x - k) = k - 8, where k is a constant,
    has roots p and q. Find the range of values of k if the equation has
    2 distinct roots.

    2.
    Find the values of k if the straight line y = kx + 5 is a
    tangent to the curve y = x2 - 3x + 6.

    Differentiation  

    Posted by: Cikgu Rohani in ,



    1. Find the equation of tangent to the curve y = (2x - 9)(3x - 2)
    at the point where x = 4.


    2. The tangent on a curve y = x2 + 6 is given as y = ax + b.
    Given that the tangent passes through point (2, 5),
    find the corresponding values of a and b.

    Logarithm  

    Posted by: Cikgu Rohani in ,


    Log..... ramai pelajar yangmenghadapi masalah dengan log.....

    Mesti banyak buat latihan...Ingat! Practice Makes Perfect

    1.
    Given log7 2 = h and log7 5 = k.

    Express log7 2.8 in terms of h and k.

    2. Solve the equation logx 8 = 5 – 2 logx 2


    Quadratic Equation  

    Posted by: Cikgu Rohani in ,

    1. Solve the equation x2 - 3x + 15 = 9 + 6x by using the quadratic formula.
    Express your answer correct to 4 decimal places.

    2.
    One of the roots of the quadratic equation 2kx2 + 1 = kx
    is twice the other root.

    a) Find the value of k
    b) Hence, find the roots of the equation



    OMK 2011

    Pertandingan OMK telah dijalankan pada hari ini 18 Jun 2011 di UKM . SAS menghantar 12 pasukan iaitu 3 pasukan bagi kategori sulong, 5 kategori muda dan 4 kategori bongsu. Sebagai persedian OMK, bengkel diadakan sebanyak 3 kali iaitu 15 Jun dan 16 Jun diadakan pada pukul 8.00 - 10.30 malam. Pada 17 Jun ( 8 am-12.30 , 8 pm-10.pm ) cikgu menjemput En Suhaimi yang pakar Olimpiad Matematik mengadakan bengkel. Aktiviti bengkel ....
    Pada tahun ini ex-student tak dapat bantu.. Farzan (ex-student 2007) dahpun further study ke UK dan Alif Fuad ( ex-student 2010 ) pula terlalu sibuk dengan interview. Sebelum tu cikgu nak ucap TAHNIAH pada Alif Fuad kerana mendapat tawaran biasiswa Bank Negara. Untuk pengetahuan semua , antara ribuan pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan OMK hanya 6 pelajar sahaja yang terpilih mewakili Malaysia ke IMO ( International Mathematical Olimpiad ). Sebenarnya, banyak kali juga pelajar SAS mewakili Malaysia ke IMO.
    • Pada tahun 1998 dan 1999 Muhamad Saifuddin telah mewakili Malaysia ke Taiwan dan Romania.
    • Tahun 2003 Ahmad Safwan ke Tokyo,Japan.
    • Tahun 2004, 2 pelajar SAS mewakili Malaysia ke Athens,Greece iaitu Mohamad Farzan dan Zulkifli Aziz.
    • Tahun 2005, Zulkifli Aziz menarik diri ke Mexico kerana untuk fokus pada SPM
    • Tahun 2006 , Mohamad Farzan ke Slovenia
    • Tahun 2007, 3 pelajar SAS mewakili Malaysia ke Vietnam iaitu Mohamad Farzan, Muhamad Amir dan Alif Fuad.
    • Tahun 2008, Muhamad Amir ke Spain.
    Cikgu amat mengharapkan OMK kali ini, pelajar SAS dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Tidak ada wakil 2009,2010 dan 2011... Cikgu juga amat mengharapkan ex-student kembali ke sekolah melatih adik-adik.....
    GAMBAR KENANG-KENANGAN 2004 , Athens Greece - Zulkifli dan Muhamad Farzan
    2006 , Slovenia - Mohamad Farzan 2007 , Hanoi Vietnam - Mohamad Farzan, Muhamad Amir dan Alif Fuad 2008 , Spain - Muhamad Amir
    Gambar 1998,1999 dan 2003 tidak ada dalam simpanan cikgu. Kalau Saifudin dan Safwan terbaca blog cikgu, harap dapat email gambar kamu di Taiwan , Romania dan Tokyo.