Pertandingan OMK telah dijalankan pada hari ini 18 Jun 2011 di UKM . SAS menghantar 12 pasukan iaitu 3 pasukan bagi kategori sulong, 5 kategori muda dan 4 kategori bongsu. Sebagai persedian OMK, bengkel diadakan sebanyak 3 kali iaitu 15 Jun dan 16 Jun diadakan pada pukul 8.00 - 10.30 malam. Pada 17 Jun ( 8 am-12.30 , 8 pm-10.pm ) cikgu menjemput En Suhaimi yang pakar Olimpiad Matematik mengadakan bengkel. Aktiviti bengkel ....
Untuk pengetahuan semua , antara ribuan pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan OMK hanya 6 pelajar sahaja yang terpilih mewakili Malaysia ke IMO
( International Mathematical Olimpiad ).
Sebenarnya, banyak kali juga pelajar SAS mewakili Malaysia ke IMO.
- Pada tahun 1998 dan 1999 Muhamad Saifuddin telah mewakili Malaysia ke Taiwan dan Romania.
- Tahun 2003 Ahmad Safwan ke Tokyo,Japan.
- Tahun 2004, 2 pelajar SAS mewakili Malaysia ke Athens,Greece iaitu Mohamad Farzan dan Zulkifli Aziz.
- Tahun 2005, Zulkifli Aziz menarik diri ke Mexico kerana untuk fokus pada SPM
- Tahun 2006 , Mohamad Farzan ke Slovenia
- Tahun 2007, 3 pelajar SAS mewakili Malaysia ke Vietnam iaitu Mohamad Farzan, Muhamad Amir dan Alif Fuad.
- Tahun 2008, Muhamad Amir ke Spain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfYM6ACh81HAxNuSlM0VrWL3-m3-bsmvov7FqCpOG1xJc7cCdbPYfc3PuiH6iYrqkCnL8AaabSEzwnivZzG_4bDXTIEnaLj3Q4gc1ZuqsrQ8_SCtSuZFs2N_XrqByXI4SRGY4N-N03n21V/s200/2006.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSWECDeecdjWp6K4PUCjCYAfesBgEvGsBB10kDRIJI55TyclgZp5zvIiSa0ydaXQTlv8LcLMUStc3xz_cKYDsFyw8cxFW23gMouU3-aA4gK9ymxawSVFga-JvD_W3NNRTxhuRhOM3o6ejs/s200/2006+1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjahHeMHcZ8QM4fCafp3BW7P4OAeT1EYzPzuviw7Fp2BQaIHuoJzNBjYDOb40hObzTa5Q0YEiH44PDnPLE1V3MsNWWK6YDiapDTd6HnuAKGdHN70-PPFBDSMqjmrHoi_6UkVBmfdSQvyEw9/s200/2007+1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghuT8jZPt4zNWb0fCV8FOhoy6rwC2gixRJdqzMnkwBiJYxD6guzqsv6bVWgvEIv-JbvpK_qeGq9968FL_yQ6LA1fDS-i0WEU9gqRO6vuPRjydRknjiNYFDcO0l6p20wn_3YgfZZMxb-kVV/s200/2008+2.jpg)
Gambar 1998,1999 dan 2003 tidak ada dalam simpanan cikgu. Kalau Saifudin dan Safwan terbaca blog cikgu, harap dapat email gambar kamu di Taiwan , Romania dan Tokyo.
This entry was posted
on Saturday, June 18, 2011
and is filed under
MK,
OLIMPIAD MATEMATIK
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.